Stacy Lindungi Bella - BH

Enggan terlalu tayang si kecil demi kebaikan anak

 





Biarpun bukan darah daging sendiri, Stacy cukup terluka andai ada yang terus memanggil si kecil kesayangannya, Bella Deluna Valentina, sebagai anak angkat hingga dia pernah meninggikan suara saat berdepan insiden sebegitu.

Memahami itu hakikat sebenar, namun naluri keibuan yang dirasakan sebaik mengendong Bella lebih setahun lalu membuatkannya sanggup berbuat apa saja demi melindungi anaknya.
Malah, andai dulu disebabkan rasa teruja, pemilik nama Stracie Angie Anam, 23, sentiasa memuat naik gambar puterinya, kini dia semakin jarang berbuat demikian atas sebab tertentu.


"Jangan salah faham, saya hanya mahu melindungi anak saya. Bella ialah nyawa saya"
 

“Selepas dianugerahkan Bella baru saya menyedari bagaimana hebatnya kasih dan pengorbanan seorang ibu. Kami memang tak boleh berenggang. Kalau saya ada undangan di luar Kuala Lumpur, Bella tetap saya bawa kerana tak sanggup berpisah dengannya.

“Ikatan itu menyebabkan saya enggan membayangkan bagaimana saya mahu berdepan dengannya menjelaskan situasi sebenar. Sekarang, walaupun dia belum tahu apa-apa, saya sendiri akan naik darah jika orang memanggilnya anak angkat.

“Jangan salah faham, saya hanya mahu melindungi anak saya. Bella ialah nyawa saya. Apabila dia semakin membesar, saya semakin prihatin dengan isu keselamatan, sebab itu kadang kala saya keberatan gambar kami berdua dirakam untuk tatapan umum. Harap semua faham situasi ini,” ulasnya lembut.

Cekap sebagai ibu
Sememangnya di atas pentas, pelantun lagu Kasanova itu cukup lincah beraksi, malah dalam kehidupan harian memikul tanggung jawab sebagai ibu pun Stacy cekap memastikan keperluan dan kebajikan Bella yang sudah menjangkau setahun lebih itu terjaga.

Jika gadis solo lain lebih gemar menghabiskan waktu senggang berlibur atau sekadar menggantikan tidur, Stacy sanggup mengorbankan keperluan sendiri dengan memperuntukkan masa bersama anaknya.

“Bella ialah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya. Memang ibu mahu pun adik-beradik saya boleh diminta menjaganya sesekali, tetapi hati saya tetap mahu pulang ke rumah bertemu Bella andai dia tidak dapat dibawa bersama-sama,” kongsinya yang tampak teruja setiap kali bercerita perihal si buah hati.

Bella panggil Akim Daddy

Ditebak soal teman hidup selepas pernah dikaitkan dengan teman seperjuangan, Akim, akuinya tiada sebab untuk berselindung kerana hingga kini hatinya belum dimiliki sebaliknya lebih selesa berkawan.

Stacy di Sidang Media AF

Haliuuu....

Yeayyy!! Stacy sudah kurus bah. Jom lihat Gambar Stacy Semalam




 
 
 
 



Rakaman untuk Raya...

Haliuu....

Rakaman raya ini dibuat di Auditorium Perdana, Angkasapuri Jam 8 Malam. Dan Masuk percuma. Siapa Pergi? mesti best bah...And also thanks to Kak Ann untuk baju yg meletop ituu~



 
 
Selain itu, Stacy juga berada di Sidang media pengumuman Akademi Fantasia 2013 dan buat persembahan lagu MENUJU PUNCAK versi terbaru bersama Adira & Zahid..
 

Ini Gambar Stacy Di Sidang Media Semalam...





Kurus sudah Stacy :)
 
 

Stacy & Smash Makan Malam Bersama - MURAI

 


Akhirnya Stacy & Morgan SMASH Makan Malam Bersama!


KL, 8 MEI 2013: Awal tahun lalu, penyanyi lagu Bosan, Stacy hangat digosipkan bercinta dengan ahli kumpulan SMASH iaitu Morgan. Malah, isu tersebut dikhabarkan mengundang kemarahan kawan baik Stacy iaitu Akim. Padahal Stacy dan Morgan tidak pernah bersua muka dan mengetahui hal masing-masing menerusi gambar dan bacaan tulisan media.

Dari ceritera tersebut, peminat Stacy merestui seandainya Stacy benar-benar bercinta dengan Morgan yang sememangnya kacak. Lebih menarik, ada segelintir peminat menyarankan agar Stacy dan Morgan bersatu sama ada sebagai pasangan kekasih atau pun pasangan duet dalam lagu.

Apa yang penting, permintaan peminat dimakbulkan apabila Stacy telah pun disahkan bertemu dan makan malam bersama Morgan di Jakarta baru-baru ini. Perkara ini telah disahkan menerusi twitter kelab peminat SMASH iaitu SMASHIndonesia. Menerusi twitter tersebut, Stacy tidaklah makan malam berdua bersama Morgan.

Sebaliknya Stacy yang ditemani pihak pengurusan telah makan malam bersama ahli SMASH yang lain. Dengarnya, mereka dalam proses perbincangan untuk menjayakan sebuah projek baru.

Berkemungkinan besar Stacy akan bergandingan dengan SMASH dalam sebuah lagu baru. Namun, Murai Batu tidak tahulah lagu tersebut dicipta komposer tempatan atau composer dari Indonesia.
Ini adalah status twitter tersebut:

SMASHindonesia: Late night dinner SM*SH with Stacy_Angie the singer from Malaysia, prepare for a next project :) pic.twitter.com/muYW2caZl7

Yang penting, Murai Batu rasa seronok seandainya Stacy dapat bersama Morgan. Yelah, Morgan pun jejaka hangat di Indonesia yang lahir dia Kalimantan. Nak buat majlis kahwin pun dekat. Sabah dan Kalimantan.

 Mungkin Sebab Gossip Ini Stacy Kurang Gemar :/

Fans Tak Terima Stacy Angie Disamakan dengan Agnes Monica

Kredit By - Smashblast-Global


Seiring perjalanan waktu, kabar SMASH yang akan berkolaborasi dengan diva Malaysia semakin merebak. Sukses dengan album keduanya, SMASH kini bersiap untuk album ketiganya. Nama Stacy Angie pun kini banyak bermunculan di media-media Indonesia.

Entah siapa yang memulai, kebanyakan media menyebut-nyebut Stacy dengan embel-embel Agnes Monica. Seperti yang dilansir dari media online Tabloid Bintang, judul beritanya tertulis besar-besar "SM*SH Bakal Duet Bareng Agnes Monica-nya Malaysia (Album Ketiga Rilis Tahun Ini)"

Sontak saja fans Stacy tidak terima dan memprotes hal itu.

"Stacy bukan Agnes Monica Malaysia.. Stacy adalah Stacy. Hanya kerana Stacy membawa genre yang same macam agnes, tidak seharusnya dia dpanggil agnes monica malaysia. music is universal. She has her own identity. But still i'm looking forward for the collaboration. peace from Malaysia" ujar sebuah akun bernama Oya (4/2013)

Sementara itu, sebuah komentar lain yang ditulis oleh Johny (WNI) menambah semarak media online Indonesia, "Stacy ?? Penyanyi and dancer yg hebat gitu...gue tau dri temen2 yg kerja di malaysia. Temen2 gue bilang Stacy di malaysia bkn digelar agnes monica tp stacy digelar Queen Of Dance. Jdi gak sabar deh lihat hasil kolaborasi smash ama stacy, pasti WOW gitu"

Stacy Angie merupakan diva kebanggaan Malaysia. Dengan julukan Queen of Dance, Stacy biasa menyanyikan hampir semua genre musik seperti dangdut, pop, bal ada, slow, upbeat dan rock. Fans menilai Agnes Monica belum mumpuni jika disamakan dengan Stacy karena selama ini dia tidak pernah menyanyikan lagu rock.

Stacy Di Jakarta

Stacy Di Interview Di Jakarta.. Btw, Cantik bahh Stacy punya Rambut Untuk MV HELLO
 
 
 
 Gambar-Gambar Stacy Di Jakarta!!



 







 
 "HELLO"

Rambut Baru Stacy Kurang Diminati Ramai

Haliuu...

Wahh~ Stacy sudah ada rambut baru. Rambut baru ini KHAS untuk Muzik Video bersama Smash. Tetapi kenapa tidak diminati orang? hmm... mungkin rambut ini tidak sesuai untuk Stacy yg sudah bergelar ibu :/

Ini dia rambut baru Stacy

 


 


 
 
 
Stailista Right? hehehe....