"Akim Ahmad berpendapat umur 25 tahun paling sesuai untik mendirikan rumah tangga"
Lima tahun bermadu kasih dengan penyanyi solo wanita terkenal, Stacy Angie Anam,24 atau Stacy, pemuda yang sentiasa merendah diri, Akim Ahmad,23, mengakui akan berkahwin tatkala umurnya mencecah 25 tahun.
Mengandaikan amat bersesuaian mendirikan rumah tangga pada usia tersebut, Akim berpendapat dirinya semakin matang dalam mengemudi cinta yang terjalin antara mereka berdua.Bagi seorang lelaki, usia 25 tahun itu sudah memadai untuk menyediakan diri bergelar suami kerana ketika itu, kematangan diri berada pada tahap yang relevan.
Pun begitu, jejaka periang itu bersifat lebih realistik. Jika ditakdirkan setelah menjangkau usia tersebut belum juga mendapat jodoh, dia akur dan reda. "Jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kamu akan pertemuakan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga.
"Sekiranya yang tertulis adalah sebaliknya, siapa saya untuk melawan takdir-Nya? AKur dan reda dengan segala ketentuan kerana Dia Maha Arif dalam menentukan masa depan kita," jelas Akim yang bergitu tertarik dengan sifat penyayang yang dimiliki Stacy.
Mengulas mengenai perwatakan pelantun lagu Patah itu, sifat kasih dan sayangnya terutama ketika membesarkan anak angkatnya bernama Bella De Luna velentine, dua tahun, benar-benar menawan hati Akim.
"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Keperibadiannya juga baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami yang diuji dengan pelbagai dugaan. Itulah keistimewaannya," jelas Akim
Stacy, Akim sedia berkahwin
Bekas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia Musim
Keenam (AF6), Stacy mengakui dia dan Afiq Hakim Ahmad atau lebih
dikenali sebagai Akim, kini sedang hangat bercinta dan bersedia
berkahwin.
Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata, dia juga semakin tertarik mendalami Islam dan mengagumi agama itu.
"Saya percaya jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya memang rapat
dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk agama Islam, biarlah ia datang
sendiri dari hati saya dan bukannya kerana dia (Akim) ataupun sebab
lain. Selama ini, saya banyak bergaul dengan kawan beragama Islam.
"Tidak dinafikan susah melawan gaya kehidupan orang Islam yang
bagus. Apatah lagi, agama Islam dan Kristian mempunyai sedikit
persamaan. Contohnya daripada segi nama kalau Kristian panggil nama
Abraham dan dalam Islam namanya ialah Ibrahim. Begitu juga dengan
perkara lain," katanya dalam sidang akhbar di Mutiara Damansara di sini
semalam. - UTUSAN ONLINE
Album Kerjasama
Lantaran keserasian yang ditunjukkan menerusi lagu Kembali yang memperdengarkan vokal hebat Akim dan Stacy, kini Akim membuat perancangan untuk menghasilkan karya terbaharu untuk sekali lagi berpadu suara.
Bagaimanapun, buat masa ini katanya, fokus lebih diberikan terhadap penghasilan lagu lagu untuk dimuatkan dalam album Akim & The Magistrate sebelum memulakan misi untuk merialisasikan hasrat duet berkenaan.
Namun, tidak menolak kemungkinan untuk menampilkan Stacy bergandingan bersama kumpulannya jika ada lagu yang sesuai. Itu baru peringkat cadangan, belum ada apa-apa pelaksanaan.
"Setelah memenangi anugerah bagi kategori Artis Duo Popular sebelum ini, kami menerima maklum balas peminat yang mahu melihat aksi kami lagi dalam lagu seterusnya. "Tapi sekarang ni saya sibuk sedikit mengumpulkan bahan untuk kumpulan The Magistrate. Stacy pun sibuk dengan jadual seninya. Insya-Allah, jika tiada arah melintang, kami akan realisasikan gabungan tersebut pada masa akan datang," katanya.