Stacy Tampil Imej Segar Dalam Album Baru

Mungkin cerita ini agak basi di kalangan pembaca kerana sebelum ini ada beberapa kali artikel mengenai penyanyi lincah, Stacy yang berpakaian dan meniru ala-ala penyanyi antarabangsa, Miley Cyrus selalu diperkatakan.

Kesempatan bertemu penyanyi Stacy di mini showcase yang berlangsung di Kelab Zouk Kuala Lumpur semalam telah merungkaikan segala-galanya kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Saya tidak meniru mana-mana imej artis yang dikaitkan dengan saya. Apabila saya memotong rambut sebegini ramai yang beranggapan saya mahu meniru Miley, walhal rambut sebegini sudah lama di fesyenkan. Lagipun mungkin sekarang ini tengah in

“Tapi sebenarnya tiada apa pun yang sama yang penting untuk album kali ini saya ingin menampilkan konsep yang lebih baru dan segar daripada sebelum-sebekum ini,” katanya.

Stacy juga memilih ungkapan #1 untuk album terbarunya ini kerana mahu sentiasa meningkatkan lagi persembahannya dan ingin menjadi terbaik di antara yang terbaik.

“Saya suka #1 sebab saya suka nombor 1 dan ingin menjadi nombor 1,” ujarnya sambil berseloroh apabila ditemubual oleh Dina Nadzir yang juga menjadi pengacara pada petang itu.

Showcase yang diadakan pada petang semalam telah mengumpulkan peminat Stacy di beberapa lokasi di Malaysia dan petang itu juga Stacy telah menyanyikan beberapa buah lagu baru di dalam album terbarunya itu. (Rotikaya)