
Tiada ada apa yang lebih manis apabila bersama anak saya. Selepas dianugerahkan Bella baharu saya menyedari bagaimana hebatnya kasih dan pengorbanan seorang ibu. Kami memang tak boleh berenggang. Kalau saya ada undangan di luar Kuala Lumpur, Bella tetap saya bawa kerana tak sanggup berpisah dengannya.

Ditanya mengenai kenangan pahit sepanjang 2013, Stacy sempat berjenaka dengan menyatakan masalah berat badan yang semakin meningkat merupakan kenangan terburuk yang sering dialami menjelang setiap tahun baharu.

Tiada pengalaman yang lebih pahit apabila berat badan semakin bertambah, dan sudah pasti azam setiap tahun adalah untuk menurunkan berat badan berlebihan, katanya dalam nada sinis.
Hakcipta terpelihara