Dunia Pertempuran Stacy

Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini, jika mengkhusus pada konsep pentas, teknikal dan persembahan, ia berjaya mewujudkan dunia seiring tema acara iaitu ‘Game On’.

“Apapun saya memuji penampilan dan persembahan Stacy kerana dia faham konsep. Saya suka persembahan Stacy kerana dia membawa penonton ke dunia pertempuran dengan angkatan penari seolah tentera yang sering dapat kita saksikan dalam permainan video.


“Bagi saya biarlah konsep tema hanya pada pentas montaj dan konsep AJL28 malam itu,” kata Hatta Dolmat pereka pakaian Hafiz Suip malam itu.

Berkongsi sedikit informasi berhubung kostum yang disarungkan Stacy yang mempertaruhkan lagu Bosan pada malam itu, dia mengambil inspirasi daripada permainan video Resident EVil: Retribution. Stacy sendiri menghendaki pakaiannya direka seperti kostum yang dipakai ikon permainan video itu, Alice juga watak yang dibawakan Mila Jovavich.

Direka khas oleh penata gaya terkenal, Yanna Husin, khabarnya kostum asal yang ditempah dari luar negara tidak dapat disiapkan sebelum AJL lalu mendesak Yanna mereka sendiri pakaian itu. Manakala, pakaian untuk angkatan penari zombie yang mengiringi Stacy pula direka khas oleh bekas wartawan yang kini giat berkecimpung dalam dunia penataan gaya, Faizal Harun.

Khabarnya, kos penghasilan kostum Stacy dan penari cukup mahal kerana ia menggunakan metal.

Hakcipta terpelihara