Sabtu lepas, bertempat di KL Zouk, KL telah berlangsungnya pelancaran
album ketiga penyanyi kesayangan ramai iaitu Stacy.Album yang berjudul
#1 ini memuatkan sepuluh buah lagu turut menampilkan nama-nama besar
penulis lirik dan juga komposer terkenal tanah air antaranya ialah Audi
Mok, Kimberly Chin, Omar K dan ramai lagi.
Ratu Tari ini turut mencuba sendiri buat pertama kali menulis lagu
berjudul 'Gilalah' dan ianya satu pencapaian besar kerana lagu tersebut
telah rancak diputarkan di radio tempatan.
Stacy semasa ditemui di
majlis tersebut, turut memberitahu album ini merupakan hadiah buat
peminat setia iaitu SGS yang sentiasa memberikan sokongan disepanjang
kariernya.
Album yang berkonsepkan genre pop ini bakal melahirkan semangat untuk
dirinya terus berkarya dan melahirkan muzik yang berkualiti. Ini
dibuktikan dengan senarai lagu lagu yang sangat fresh dan mendapat sentuhan bertenaga dalam album tersebut.
Selain dari itu, kematangan Stacy dalam industri seni turut dapat
dilihat melalui kulit album pada kali ini. Untuk pengetahun semua, album
Stacy #1 mempunyai dua keping CD dimana lagu-lagu tersebut merupakan
lagu yang telah diberikan nafas baru atau remix dengan muzik terkini.
Peminat-peminat di luar negara juga tidak perlu risau kerana album ini
turut dipasarkan di Indonesia, Singapura dan Brunei.
Stacy yang tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita
Harian (ABPBH) turut mengadakan mini konsert selepas pelancaran album
tersebut. Turut diadakan ialah majlis simbolik perasmian pelancaran
album yang telah dilancarkan oleh Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro
iaitu Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
Putri Yasmin turut memberitahu, “Pengalaman telah merubah Stacy
menjadi seorang penghibur yang lebih matang. Kami di Astro amat berbesar
hati melihat perkembangan Stacy daripada seorang gadis remaja yang
sekadar suka menyanyi, kini telah berjaya menjadi salah seorang
penghibur tanah air yang disegani."
Menampilkan Dina Nadzir sebagai pengacara majlis, showcase tersebut
telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan persembahan rakan-rakan
artis iaitu Altimet, Chaq, dan Amir Jahari. Stacy sendiri telah
membawakan lebih lapan lagu bagi menghiburkan tetamu yang hadir.
Rata-rata peminat dan pihak media amat berpuas hati dengan persembahan
bertenaga tersebut berharap agar Stacy akan terus berjaya sehingga di
peringkat antarabangsa.
[Klik disini untuk melihat gambar]