Selepas sebuah akhbar menyiarkan laporan penyanyi Stacy makin terbuka berbicara soal cinta selain dikatakan bersedia mendalami Islam, teman lelaki penyanyi lagu Bosan itu, Akim Ahmad mula terkena tempiasnya.
Sudah tentu, ramai peminat terkejut kerana sebelum ini, baik Stacy atau Akim masing-masing mengambil
‘Jalan Selamat’ dengan mengaku
mereka sekadar teman rapat.
Diaju pertanyaan kepada Akim, dia memberitahu, tidak adil
untuk dirinya memberi kenyataan kerana tidak berada di sisi Stacy ketika
wartawan bertanyakan soal itu.
"Stacy
memberitahu beliau hanya menjawab apa yang ditanya media. Namun,
apabila artikel itu diterbitkan, ia diulas lebih panjang termasuk
berhubung isu agama. Jadi, biarlah saya tidak komen kerana ia
membabitkan banyak pihak termasuk keluarga kami, lebih-lebih lagi mengenai hal agama.
"Ketika
ini, tumpuan kami kepada kerjaya. Saya sibuk dengan penggambaran Klip
Video Dunia & Syurga iaitu lagu dipetik daripada Album Sulung. Ini
disusuli pembikinan Album Kedua tahun depan" katanya ketika dihubungi
HIP.
Biarpun mengakui persahabatan mereka makin akrab sejak lima tahun lalu, Akim yang merancang lebih serius dalam dunia komedi pada 2014, berharap semua pihak memahami situasi mereka.
Jaga Hati Keluarga
Biarpun mengakui persahabatan mereka makin akrab sejak lima tahun lalu, Akim yang merancang lebih serius dalam dunia komedi pada 2014, berharap semua pihak memahami situasi mereka.
Jaga Hati Keluarga
Ketika
majlis pelancaran lagu duet bersama kumpulan dari indonesia, Smash, di
Mutiara Damansara, minggu lalu, Stacy memberitahu persoalan agama agak
sensitif dan seboleh bolehnya mahu dielak.
Bagaimanapun
Juara Akademi Fantasia atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, bijak
menyusun kata supaya tidak disalah erti. Stacy menjelaskan, beliau
menghormati islam, tetapi belum mempunyai perancangan menukar agama.
Kongsinya
lagi, beliau mengelak daripada membincangkan soal itu. Sebelum ini,
kenyataannya mengenai agama dan hubungannya dengan akim, disalah tafsir
segelintir media.
"Kalau
mahu bertukar agama, biarlah secara ikhlas. Saya meminati agama islam
kerana selepas bergelar pelajar AF, saya dikelilingi ramai rakan
beragama islam membuatkan saya semakin mengenali agama ini.
Saya
sudah enam tahun dalam industri ini, sekaligus terdedah dengan cara
hidup Muslim. Seperti yang saya katakan untuk berbicara lebih lanjut
berhubung hal agama atau hubungan saya dengan Akim rasanya tidak perlu
kerana banyak hati perlu dijaga terutama keluarga saya.
"Cukuplah
saya katakan kami sudah berkawan lima tahun. Cuma belum ada perancangan
ke fasa seterusnya. Apa yang pasti, kami bersikap terbuka mengenai
agama masing-masing" kata Stacy
Mengenai
kerjasama sulung HELLO bersama kumpulan dari indonesia, Smash, Stacy
mengaku gugup ketika proses rakaman yang dikendalikan secara berasingan.
Bagaimanpun selepas mereka bertemu, rupa-rupanya Stacy dan anggota Smash memiliki banyak persamaan.
"Apabila sudah berjumpa, saya sedar gaya mereka lebih kurang sama dengan saya. Lagi pun kami berentak rancak. Jadi tiada sukar berkerjasama", katanya
Kami
melakukan rakaman secara berasingan dan bertemu ketika menyiapkan
penggambaran klip video. Sebenarnya, saya takut andai tiada keserasian.
"Apabila sudah berjumpa, saya sedar gaya mereka lebih kurang sama dengan saya. Lagi pun kami berentak rancak. Jadi tiada sukar berkerjasama", katanya