
Selama ini, kita boleh nampak Stacy sentiasa jadi mangsa fesyen. Dahulu selalu dikaitkan dengan Agnes Monica kerana terlalu ingin mengikut gaya penyanyi terkenal Indonesia itu. Namun ternyata sedikit sebanyak, Stacy berjaya mencantas kritikan semua orang dengan kehebatannya di pentas.
Sudah lama tidak dibangkitkan tentang imej, tiba-tiba imej rambut
terbaru ini membuatkan semakin ramai mengkritik Stacy tidak mempunyai
keaslian sendiri. Namun, dunia fesyen memang tidak boleh dijangka bagi
kami. Kerana kalau ikutkan, Miley Cyrus juga telah dikecam meniru gaya
penyanyi P!nk dan juga Rihanna. Jadi, tidak bolehlah sesuka hati
menunding jari kan.
Apa pun, Kami rasa, eloklah gaya rambut terbarunya ini berbanding
gaya-gayanya yang lepas. Walaupun serupa dengan Miley Cyrus, beliau
bukannya sewenang-wenangnya memakai pakaian seksi seperti Miley atau
mula ‘twerking’ merata kan?