Penyanyi Stacy menganggap imej baharunya dengan penampilan berambut pendek dan berwarna perang bukan menciplak imej artis popular antarabangsa, Miley Cyrus.

"Saya tidak meniru Miley Cyrus, gaya ini adalah trend rambut semasa dan digayakan oleh semua wanita seluruh dunia.
"Sebelum Miley, Rihanna juga pernah mengayakan fesyen rambut ini, cuma mungkin ketika ini Miley sedang popular dan orang banyak bercakap tentangnya," katanya.

Bagaimanapun, jelas Stacy, dia tidak menafikan ada segelintir peminat yang kurang gemar dan mengkritik fesyen rambut tersebut.
"Ramai juga yang tidak suka tapi biasalah sesuatu perkara ada orang yang suka, ada yang tidak.
Bercakap tentang lagu Bosan yang layak menempatkan dirinya ke Anugerah Juara Lagu 28 pada Januari depan, Stacy berkata lagu tersebut adalah karya yang paling sukar untuk dinyanyikannya.
"Lagu Bosan ini sangat tinggi dan saya perlu menyanyi sambil menari. Ia memerlukan stamina yang sangat kuat.
"Lepas ini saya akan mula berlatih dan joging untuk mendapatkan stamina menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL28 nanti," katanya.
“Ya, saya akui bahawa berat badan saya menurun dari 53kg dan sekarang ini hanya tinggal 46kg sahaja. Saya lebih seronok dengan berat badan ini dan ianya membuatkan saya lebih berasa selesa apabila berada di pentas untuk menjayakan sesebuah persembahan,” katanya.