Penyanyi yang sinonim dengan imej lincahnya di atas pentas, Stacy Angie Anam atau Stacy menyatakan dia setia dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan akan menyokong
perjuangan parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.
Bercakap kepada mStar Online, Stacy mengatakan, “selamanya saya akan menyokong BN kerana saya merasai perubahan yang mereka lakukan di kawasan saya dan cukup teruja untuk mengundi buat kali pertama”.
Stacy yang bakal mengundi buat kali pertama di DUN Penampang bagi Parlimen Kota Kinabalu ini turut menasihati pengundi muda sepertinya supaya meneliti sebaik-baiknya mengenai pilihan yang bakal dibuat.
“Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi kerana ia tidak akan mengubah apa-apa,” ujarnya.
Buat semua jangan lupa tanggungjawab serta hak demokrasi yang diberi kepada rakyat untuk memilih pucuk pimpinan yang baru serta mengundilah dengan bijak apabila tiba hari mengundi nanti ya!